Meh buat survey sat

Translate

Friday, December 11, 2015

shopping online murah

Kak long baru menceburkan diri dalam business nie, memang banyak kurang. Pengalam adalah guru yang terbaik dalam hidup seseorang. Kaklong harap sudi-sudilah jengah group kaklong. Sape-sape yang berkenan dengan baju-baju kaklong boleh pm atau direct wassap  017-5266212 :P

Ada diantara jubah yang Kaklong jual tak sampai RM80. kebanyakan dress tak sampai RM100. Kalau tak mo beli, window shopping kat page kak long pon bole. Dah tgok tu jangan tgok saje ea, like sekali.
=P



Thursday, March 5, 2015

resepi wedges untuk birthday party

search menu untuk party birthday, so terjumpa resepi ni, resepi ni sangat menarik dan mudah, untuk cepat ngat i pon copy n paste dlm blog ini =D 
minta maaf, resepi ni di ambil dari blog orang kalau tak suke bole email saya, akan padam... =D
#copypastedariblogorang =P

Potato/Kentang Wedges

Bahan-bahan:
  • 7-8 biji kentang (dibasuh bersih dan belah)
  • 1/4 cawan tepung gandum (atau secukupnya)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa secukupnya
  • 1 biji telur

Cara-cara:
  1. Basuh bersih kentang tanpa membuang kulit dan dibelah mengikut potongan wedges.
  2. Masukkan air secukupnya serta sedikit garam dan rebus kentang sehingga empuk. Toskan kentang dan air rebusan. Ketepikan.
  3. Sediakan bancuhan untuk salut pada kentang sebelum goreng dengan mencampurkan tepung gandum, tepung jagung, lada sulah, serbuk perasa, terlur dan garam (boleh kurangkan garam sebab garam dah dimasukkan dalam air rebusan tadi).
  4. Salutkan bancuhan pada kentang. 
  5. Goreng sehingga perang keemasan dan boleh angkat. 


Sos Cheesy Wedges

Bahan-bahan:

  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 sudu butter
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit lada putih
  • Sedikit lada hitam
  • 2-3 keping cheese
  • Sedikit susu penuh krim
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Pewarna kuning

Cara-cara:
  1. Panaskan kuali kemudian cairkan butter. Pastikan api adalah yang paling kecil.
  2. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau supaya tidak berketul.
  3. Selepas itu boleh la masukkan cheese. Biarkan sehingga hancur dan kacau sebati.
  4. Masukkan serbuk perasa, garam, lada hitam, lada putih dan pewarna kuning. Kacau sekata sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.