Bajrangi Bhaijaan adalah filem drama komedi india yang dibintangi Salman Khan, Kareena Kapoor, Nawazuddin sidiqui, dan Harshaali Malhotra. Filem arahan Kabir Khan ini mengisahkan Pawan Kumar Chaturvedi atau Bajrangi, seorang pengikut dewa hindu, Hanuman, yang bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan dan bisu dari Pakistan yang tersesat seorang diri di India.
Pawan kemudian meneruskan pengembaraannya dengan kanak-kanak itu untuk membawanya pulang ke keluarganya di Pakistan. Pelbagai pengalaman dan halangan yang harus dilaluinya untuk mencapai misinya.
Nama sebenar adik Shahida atau Munni ialah Harshaali Malhotra berasal dari Mumbai India. Dilahirkan pada 3 jun 2008.Memegang watak utama dalam filem Bajrangi Bhaijaan. Adik Harshaali dipilih dari 5 000 kanak-kanak perempuan yang datang audition untuk filem Bajrangi Bhaijaan
Walaupun tak banyak dialog tapi lakonannya sangat terkesan. Harshaali juga telah memenangi beberapa anugerah dalam filem Bajrangi Bhaijaan ni. Wah selain wajah yang adorable cutest and prettiest beliau juga hebat berlakon.
Menurut Harshaali lagi, dia menangis apabila terlihat Salman menangis. Harshaali berkata bahawa dia sangat meminati Salman dan ingin menjadi superstar seperti Salman.



No comments:
Post a Comment