Meh buat survey sat

Translate

Saturday, July 27, 2013

TEMPAHAN KUIH BAKAR MURAH, WANGI, SEDAP

 BOLEH HUBUNGI PUAN MAZNAH : 019-5968211
AREA TAIPING.
MENERIMA TEMPAHAN PADA HARI RAYA DAN UNTUK MAJLIS KAWIN.

ALAMAT:
KG JAHA, TAIPING, MATANG, PERAK DARUL RIDZUAN.



kisah kain batik

Aku tengok masyarakat sekarang pandai memandai mengkelaskan kain batik sebagai kain untuk perempuan bersalin saja. Kalau ada anak dara pakai kain batik di katakan lepas pantanglah. Seolah-olah kain batik hanya bole di pakai oleh ibu berpantang selepas bersalin saja. 

Kain batik nilah dulu nya pakain harian bg wanita melayu. Sekarang dah tak di pedulikan lagi oleh orang-orang muda. Asal pakai saja kain batik di katakan orang berpantang. 


Wednesday, July 17, 2013

masker buat sendiri

Meh sini kite nak share satu rahsia kat awek-awek duluar sana cara-cara nk cerahkan kulit, lincin, lembut, dan gebu. Mudah je nak buat maasker muka ni. Tak perlu berbelanja lebih nak buatnya. Hanya perlukan 

bahan-bahan:
Timun diparut halus
lobak merah di parut halus 
Tomato di hiris kecil saje
Kuning telur
Tepung beras pulut setengah mangkuk (tak banyak tak sikit agak2 je la)
Air mawar

Kemudian:
Campurkan bahan-bahan tadi, iaitu timun, lobak merah, tomato,kuning telur, dan tepung beras pulut tadi.
Kacau bahan-bahan tu sampai rata. Lepastu masukan sesudu teh air mawar kat dalam bahan-bahan tadi.
Tadaa dah siap. dah bole  pakai.


Nilah maskernya...

Cara nak pakai sapukan saja maskerni kat muka. Biarkan selama 20 minit. Bila masker dah macam kering, bilas muka dengan air panas(Ishh jangan panas sangat kang melecur pulak, agak-agak suam la).
Buat urutan membulat pada wajah. Kemudian basuh muka dengan air sejuk. 

Jangan  lupa selapas basuh muka lapkan muka lepas tu sapulah muka dengan toner. Kalau ade sape-sape yang elergi tak payah ikutlah petua-petua nie. Tiada paksaan okay. Selamat mencuba.







Dugaan Di bulan Ramadhan

Niat nak masak untuk buka puasa petang semalam menjadi tangisan yang tak berhenti sampai ke malam dan sampailah ke pagi ni. entah macam mana bole tergelincir masa pijak lantai dapu dekat dengan singki tu. Kawasan kat situ memanglah lembab dan berair. Sekarang dah jadi nenek kebayan dah aku. jalan senget2. Sakit nya tuhan saja taw. Nak tak nak terpaksalah bukak puasa untuk harini kerana makn ubat. Islam  tu mudah kan tiada paksaan malah bertolak ansur. Kalau ikutkan harini genaplah seminggu umat islam berpuasa.  Aku harap esok bertambah baik lutut aku ni. Boleh la teruskan puasa seperti biasa. 
Selamat Berpuasa  =)


Thursday, July 11, 2013

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Alhamdulillah harini dah masuk 3 hari umat islam puasa. Moga dapat lah kita perbanyak lagi amal. Tingkat kan ibadat. Sama-samlah kita menginsafkan diri.



Friday, July 5, 2013

ANTARA SOALAN-SOALAN SENGAL YANG KADANG-KADANG BUAT ORANG BENGANG


1. Bila orang nampak kau baring tutup mata.
S : Kau tido ker?
J  :  Tak lah, aku tengah training macam mana nak mati nanti.

2. Kau bawak tv yang rosak jumpa technician untuk pergi repair.
S : Ye? Nak repair tv ke?
J : Tak lah, aku bosan! sajaa la bawak tv ni jalan-jalan.

3. Time kau bangun tido.
S : Kau dah bangun?
J : Ishh tak lah, aku tengah tido sambil jalan la.

4. Kawan kau call phone rumah kau.
S : Weyh kau kat man?
J : Sini, kat bus stop!

5. Orang nampak kau keluar dari bilik mandi basah-basah sambil pakai towel.
S : Kau mandi ke?
J : Mana ada, aku jatuh dalam lubang jamban tadi!!

6. Kau dalam toilet pintu berkunci ada orang ketuk.
S : Ada orang tak?
J : *Suara kiut* mana ada orang, taik yang bercakap ni.


Wednesday, July 3, 2013

Impian

Impian. Semua orang ada impian baik orang miskin mahupun orang kaya. Masing-masing ada impian yang tak kurang hebatnya. Sejak dari kecil lagi aku berminat dalam dunia perniagaan. Tapi apakan daya latarbelakang keluarga aku bukan dari orang kaya-kaya oatau ahli-ahli perniagaan yang hebat. Nabi sendiri cakap bahawa 9/10 kekayaan datang dari perniagaan. Tengok sajalah orang-orang terkaya d Malaysia rata-rata mereka majoritinya daripada orang bukan islam. Nah! lihat Undang-undang, nasihat cara hidup yang berpandukan islam selalu digunapakaikan oleh orang-orang bukan islam. Kenapa kita orang islam tak mahu ikut panduan islam?
Lihat sahaja cara hidup orang-orang bukan islam dari segi pemakanan, mereka mengamalkan diet makanan yang di ajarkan oleh Rasulullah s.a.w. 

Aku pernah suarakan minat aku dalam dunia perniagaan ini pada keluarga tapi tidak disetujui, ditolak bulat-bulat oleh family. 

Mereka lebih suka tengok anak mereka makan gaji, tengah bulan ikat perut. mmm :(

Update Diri

Buang yang keruh ambil yang Jernih. Ya begitulah yang harus aku pikir sekarang nie. mungkin aku belum cukup hebat bergelar seorang mukmin jika tidak diuji dengan segala ujian ini. Tinggal seminggu saja lagi menjelang Ramadhan. Tiba masa aku harus kemaskan diri bertaubat. 

Tuesday, July 2, 2013

Filem komedi paling best d Malaysia

Jalan Cerita yang sangat-sangat menarik. Boleh dikategorikan filem komedi bertaraf antarabangsalah. Plot yang mudah faham.

Pada tahun 1849, Gabenor Melaka Lord Arthur Barring mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kecacatan padanya. Maka Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya.
Pada tahun 20008, Charles Barring IV, seorang pewaris Lord Arthur, mengadakan sidang akhbar dikawasan peranginan A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana setem itu dihasilkan. Setem bersejarah tersebut akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai 2 juta ringgit. Sebenarnya Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem itu untuk menampung kos membeli tanah tapak Rumah Harapan, rumah anak yatim yang diuruskannya. Pak Ramli memerlukan RM500, 000 Sid dan Joe tidak mahu, namun terpaksa melakukanya kerana budi Pak Ramli yang pernah membesarkan mereka di rumah anak yatim tersebut

Di tindas terus di tindas

Bestnya jadi anak orang kaya kan. Tak perlu nak bersusah payah nak hidup susah, Tak payah nak rasa derita. Apalah untung nasib aku di masa hadapan? hmmmm... Seolah-olah terkena sumpahan buat itu tak kena buat ini tak kena. Benci betul aku tengok kehidupan anak orang kaya, hidup penuh keseronokan mahu apa saja minta aje semua semua ada depan mata. 
Nasib anak orang miskin ni tak pernah bertuah, perlu berkerja keras kalau rasa nak hidu selesa. Tak bole cipta kejayaan  sebab ekonomi dikawal oleh orang-orang kaya yang tamak dan pentingkan diri sendiri.