Meh buat survey sat

Translate

Saturday, January 4, 2014

Kesan dengkur


Berdengkur disebabkan saluran udara tidak dibuka dengan sempurna. Bunyi dengkuran berlaku akibat memaksa aliran udara melalui laluan sempit.Dianggarkan 10 peratus hingga 30 peratus orang dewasa tidur berdengkur. Biasanya orang yang mengalami tidur berdengkur mereka yang mempunyai lebih berat badan. 

Sebab-sebab dengkur :
1. Masalah berat badan, leher yang pendek dan besar
2. Lemah otot pada bahigian lidah, lelangit dan tekak.
3. Sering terjadi pada kanak-kanak yang mempunyai tisu atau tonsil membengkak iaitu tisu tekak yang besarvdan tebal.

Terdapat pelbagai jenis rawatan khusus untuk merawat penghidap masalah dengkur ni
Kaedah Rawatan:-
- CPAP (continuos positive airway pressure) atau tekanan salur udara berterusan.
Bekalan udara bertekanan tinggi dipamkan secra berterusan melalui saluran kedalam hidung melalui topeng penafasan. Cara ini akan menghalang saluran udara daripada tersumbat ketika tidur.

- BPAP (bilival positive airway pressure) atau tekanan positive laluan dua arah.
Rawatan ini juga menggunakan topeng penafasan yang diletakkaan pada hidung individu iaitu membolehkan kawalan tekanan udatra yang tingggi  ketika menyedut dan tekanan udara tinggi rendah ketika menghembuskan nafas. Selain itu ia juga bertujuan untuk manghalang saluran penafasandaripada tersumbat (collapse). 

Korang bole juga guna petua petua mudah ni bagi mengatasi masalah dengkur.
-Kurangkan berat badan.
- jauhi arak
-Jangan sesekali ambil pil tidur
Amalkan pola tidur  pada waktu yang tetap.Lebih baik tidur mengiring dari terlentang. (tidur mengiring rusuk kanan menghadap kiblat itu yang nabi ajar, patut di contohi.). Pastikan bantal lebih tinggi.
-Jangan makan dalam tempoh tiga jam sebelum tidur.
korang boleh cuba guna pelekat seperti breath right nasal yg banyak jual kat kedai untuk memudahkan penafasan ketika tidur.

No comments:

Post a Comment