betapa juga susah orang yg melihat sesuatu kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yg menanggungnya. Ya inilah kata-kata yang sesuai buat aku pada masa sekarang ni, kelansunggan persaingan hidup pada masa sekarang ni, hidup jadi sangat sukar. Semua orang berlumba-lumpa untuk dapat kehidupan yang lebih selesa sehingga golongan miskin terusan terabai. Masyarakat masing-masing hilang perasaan kemanusian dan belas kasihan.
haiwan pun ada perasaan berkasih sayang.
Makin moden masyarakat makin kurang nilai kemanusian. tiada simpati langsung. Mereka berlumba-lumba seolah-olah akan hidup kekal didunia ini.
Kematian adalah satu fasa kehidupan yang wajib dan bakal ditempuhi oleh setiap makhluk yang benyawa. Orang kaya menggunna kuasa mereka demi kepentingan diri, sampaikan mak sendiri dikampung tak terurus terabai. Anak-anak kejar kemehan dunia untuk kesenagn keluarga dia. Kesian nasib orang kampung, berkerja bermatian mencari rezeki untuk keluarga, gaji tak cukup langsung tak berbaloi dengan harga barang-barang keperluan harian. Fikirlah macam mana mereka nak majukan hidup kalau ekonomi mereka dikawal oleh golongan korporat yang hanya pentingkan diri saja. Peluang pekerjaan hanyalah untuk saudara mara mereka sendiri. Aku tengok jurang ekonomi antara orang kampung dengan bandar sangattttt jauh. Nilah malaysia sibuk nak bagi bantuan pada rakyat negara asing, sedangankan rakyat negara sendiri terabai. Pemerintah negara diorang pun tak pernah hiraukan rakyat mereka kenapalah kita nak sibuk-sibuk masuk campur. Penuhilah keperluan rakyat sendiri, rakyat negara ni bekerja buakan untuk ekonomi negara lain tapi untuk malaysia. Bayangkanlah kalau orang bawahan ni tak berkerja macam mana orang kaya-kaya nak mengaut keuntungan. Hidup orang-orang kaya sebenarnya bergantungan daripada orang-orang miskin, orang-orang kampung.. Sedarlah kamu yang di atas hanya tahu menggunakan kudrat mereka sahaja.
No comments:
Post a Comment